PENGIKUT

TERAPI

PENGENALAN KEPADA TERAPI PENDIDIKAN KHAS

Asal usul Terapi

Terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu "Therapeia" yang bermaksud satu perkhidmatan, satu kehadiran yang berkait dengan perkataan Greek (kata kerja) "therapeuo" yang bermaksud "i wait upon"Oleh itu terapi adalah satu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit.

Apa itu Terapi ?


Secara amnya, terapi ialah kaedah-kaedah untuk mengubati penyakit atau masalah tubuh badan dan sebagainya.


Menurut kamus perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikan sebagai rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit dengan tujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal.
Dalam konteks pendidikan pula, terapi dapat didefinisikan sebagai kaedah untuk membantu seseorang individu untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran-kemahiran yang tertentu.

Konsep Terapi dalam Pendidikan Khas

Konsep terapi dalam pendidikan khas adalah didasari dari konsep kepelbagaian kategori individu berkeperluan khas. Murid-murid berkeperluan khas mempunyai sama ada ketidakupayaan, kecacatan halangan atau rintangan untuk mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. Sehubungan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran mencapai perkembangan yang tersebut di atas.

Terapi dalam pendidikan khas adalah salah satu kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti dalam terapi dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran dari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi.


Keperluan Terapi dalam Pendidikan Khas



Kanak-kanak khas memerlukan terapi adalah untuk:    
  • Meransang kanak-kanak untuk bergerak-balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran
  • Sebagai persediaan untuk belajar dari segi mentel, fizikal, emosi dan sosialisasi
  • Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial, dan psikomotor kanak-kanak bermasalah pembelajaran
  • Sebagai motivasi kepada kanak-kanak
  • Membina konsep kendiri
  • Merangsang pengaliran darah dan oksigen               

Kepentingan Terapi



Terapi berkepentingan untuk :
  • Meningkatkan kemahiran pengamatan
  • Membantu untuk meningkatkan kemahiran bersosial murid
  • Memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri
  • Mengurangkan tekanan dan gangguan mental serta emosi
  • Membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi
  • Merangsang pemikiran dan kreativiti murid
  • Membantu perkembangan fizikal dan tubuh badan
  • Membantu untuk meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan

Jenis-jenis Terapi

Terdapat beberapa jenis terapi yang boleh diaplikasi di sekolah, antaranya :
  • Terapi fisio
  • Terapi cara kerja
  • Terapi pertuturan
  • Terapi muzik dan nyanyian
  • Terapi seni visual
  • Terapi hidro atau terapi air
  • Terapi pergerakan kreatif
  • Terapi main
  • Terapi alternative
    •  Terapi aroma
    •  Terapi herba
    •  Terapi ozon
    •   Tetapi floortime
    •  Terapi pasir
    •  Terapi haiwan
    •  Terapi snoozeland

DEFINISI TERAPI MUZIK
Menurut The American Music Theraphy Association (Peters, 2000), terapi muzik bermaksud ”a planned, goal-directed process of ineraction and intervention, bassed on assessment evaluation of individual clients specific needs, strengths, and weakness, in which music or music based experiences examples: (singing, playing music instruments, moving or listening music) are specifically prescribed to be used by specially trained personnel to influence positive changes in an individual’s condition, skills, thoughts, feelings or behaviours”. “Sejarah terapi muzik telah termaktub sejak zaman purba. Di mana sebuah buku ajaran Cina “I Ching” menyatakan “muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan emosi seseorang” (http://ms.shvoong.com/huminities/musicology).


Muzik boleh didefinisikan sebagai kumpulan nada yang dihasilkan oleh gabungan bunyi-bunyian daripada alat-alat yang disusun serta mengandungi irama dan harmoni. Muzik merentasi sempadan negara, bangsa dan budaya. Muzik sebagai satu wahana komunikasi mampu mengumpulkan pendengar daripada pelbagai bangsa, budaya, agama dan negara. 

Nyanyian dan muzik mampu menukar tingkah-laku seseorang iaitu ia mampu menukar emosi seseorang menjadi tenang, pilu, hiba, menangis, bermotivasi atau ke tahap yang tidak boleh dikawal akhlaknya. Ianya mempunyai kaitan yang rapat dengan jiwa seseorang insan.

Dalam Islam, muzik yang tidak membawa kepada perbuatan mungkar adalah dibenarkan. Para ulama’ bersetuju muzik tidak dilarang Islam berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam Surah Luqman (31: 19) yang bermaksud: “Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.”

Menurut al-Ghazali dalam ayat yang berkaitan, Allah s.w.t. memuji suara yang baik, sehingga tidak dilarang mendengarkan nyanyian yang baik.

Dalam ayat yang lain (Surah Ankabut 29: 64) , Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya: "Dan kehidupan dunia ini hanyalah LAHWUN dan permainan belaka."Imam al-Ghazali berpandangan: “Apabila diajukan kepada Imam al-Ghazali apakah nyanyian termasuk al Lahwu? Beliau berkata:Ya begitulah sebenarnya. Sesungguhnya seluruh dunia adalah al lahwu dan permainan, dan semua gurauan bersama isteri adalah al lahwu melainkan jima' yang bertujuan melahirkan zuriat. Begitu juga setiap gurauan yang tidak mengandungi kejahatan dan kemaksiatan, maka ia adalah halal. 

Sebab itulah ada waktu-waktunya, makruh mengerjakan solat nawafil (sunat) untuk memberi kerehatan kepada orang yang sering melakukannya. Kerehatan sebenarnya menolong untuk terus beramal. Sedikit dalam al lahwu dapat menolong seseorang dalam situasi tegang oleh kerana kita tidak akan mampu untuk sentiasa dalam keadaan serius dan kepahitan sepanjang masa kecuali jiwa para Anbiya'.

Al-Kindi telah menulis buku berkenaan muzik dan telah dialih bahasa untuk kegunaan orang Eropah di antaranya ialah The Essentials of Knowledge in Music (Pengetahuan Penting dalam Muzik), On The Melodies(Melodi) dan The Necessary Book In The Composition of Melodies (Buku Penting untuk Mencipta Melodi).

Begitu juga al-Farabi yang hidup selepas 70 tahun era al-Kindi, beliau telah menulis tentang teori muzik iaituGreat Book on Music (Buku Hebat tentang Muzik), Styles In Music (Gaya Muzik), On The Classification of Rhythm (Klasifikasi Irama). 

Buku Great Book on Music telah diterjemah ke bahasa Hebrew dan kemudian ke bahasa Latin pada abad ke-12 Masehi.Banyak alat yang terdapat dalam muzik tradisional, rock dan okestra berasal daripada Islam-Arab, contohnya seperti lute yang berasal daripada al-‘udrebec daripada rababah, gitar daripada qitara dan naker daripada naqqara (dram kayu yang dilitupi kulit kambing).

JENIS PERALATAN MUZIK


Antara jenis-jenis peralatan muzik ini ialah:


1. Muzik Tradisional 

·         Dipalu          -loceng, gong, kompang.
·         Digesek       -rebab, gambus, oud, kecapi.
·         Ditiup            -serunai, seruling,nafiri.
          Digoncang   -angklung.

 2.  Muzik Barat
·         Perkusi tidak berpic   -loceng, tamborin, kerincing, dram bess.
·         Tiup dan bras              -rekoder, trompet, seksofon.
·         Bertali                          -gitar, piano, biola, kecapi berkaki.


3.  Langkah-langkah Bermain Peralatan Muzik
  • Memperkenalkan alat muzik.
  • Demonstrasi
  • Warming up.
  • Teknik bermain dengan betul.
  • Postur badan yang betul
  • Menyembunyikan corak/pola ritma.
  • Memainkan pola/corak ritma.
  • Bermain ikut giliran.
  • Membuat gerakan yang sesuai
  •  Bermain secara keseluruhan. 








No comments:

Post a Comment