PENGENALAN
Program
Pendidikan Khas merupakan salah satu program yang telah diwujudkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia dengan dibantu oleh Kementerian Kesihatan serta
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Hal ini bagi
memastikan kanak-kanak berkeperluan khas mendapat pendidikan sewajarnya
bagaimana kanak-kanak normal yang menikmati proses pembelajaran dan pengajaran
di sekolah. Hal ini bertepatan dengan konsep menghormati hak asasi individu,
dimana insan berkeperlun khas ini juga tidak diabaikan.
Kanak-kanak
berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang memerlukan perhatian
dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak normal. Menurut Jamila
(2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan
sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri
fizikal. Oleh yang demikian kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan modifikasi
atau perubahan dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan
khas bertujuan mengembangkan potensi diri kanak-kanak berkeperluan khas ke
tahap yang optimum dan tidak terabai seperti kanak-kanak normal.
Chua
& Koh (1992) mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas atau “kanak-kanak
luar biasa” sebagai kanak-kanak yang mempunyai perbezaan yang nyata dari segi
kecerdasan, kejasmanian, kemasyarakatan atau pun dari segi rasa hati.
Manakala Garciulo (2003) mendefinisikan
kanak-kanak berkeperluan khas seperti kenyataan di bawah;
"Individuals
who differ from societal or community standards of normalcy. These differences
may be due to significant physical, sensory, kognitif, or behavioral
characteristics. Many of these children may require educational programs
customized to their unique needs."
Selain
itu, Garciulo juga telah mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti
berikut:
i. Terencat akal.
ii. Kurang upaya dalam pembelajaran.
iii. Kecelaruan emosi atau tingkah laku
iv. Pintar cerdas dan berbakat
v. Masalah bahasa dan pertuturan
vi. Masalah pendengaran
vii. Masalah penglihatan
viii. Kecelaruan spektrum autism
ix. Kurang upaya fizikal atau masalah
kesihatan
Sheila
& Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah
kanak-kanak yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza
daripada murid biasa. Murid berkeperluan khas terbahagi kepada murid bermasalah
penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran (Maklumat
Pendidikan Khas 2003 dalam Sheila & Samsilah 2006).
Kesimpulan
yang dapat menerangkan tentang kanak-kanak berkeperluan khas adalah golongan
kanak-kanak yang menghadapi ketidakupayaan yang serius sehingga memberi kesan
yang mendalam terhadap kehidupan normal
dan pembelajaran serta perkembangan kognitif mereka (Abd. Rahim 2006).
SEJARAH
PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA
Minat
terhadap Pendidikan Khas di Malaysia bermula pada tahun 1920an di kalangan
sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah cacat penglihatan dan
pendengaran. Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar
Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada
satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas
di Malaysia. Perakuan ini menyebut, "Dengan
adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan
kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerjaan hendaklah mengambil alih
sepenuhnya tanggung jawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang
mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu penyertaan oleh badan-badan
sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus
digalakkan. "
Perkembangan
Pendidikan Khas mengikut jenis adalah seperti berikut:
Pendidikan Masalah Penglihatan
1926
Pembukaan
Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka
1931
SRPK
St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang
1948
Pembukaan
SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan
Masyarakat di Johor Bahru Pembukaan Institut Berasrama Pusat Latihan Gurney -
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
1953
Pembukaan
Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM)
1958
Pembukaan
Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian, Sandakan (JKM)
1962
Rancangan
percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan
menengah biasa yang dipilih diperkenalkan
1963
Rancangan
percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan
menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan
1977
Permulaan
Latihan perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di Maktab Perguruan Ilmu
Khas, Cheras
1978
Penubuhan
Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa Melayu untuk mengembangkan Sistem
Kod Braille Bahasa Melayu
1983
Pembukaan
Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan, Setapak
Pengambilalihan
SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pendidikan sebagai sekolah bertaraf penuh
1984
Penubuhan
Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel Penulisannya bagi tujuan
mengembangkan Sistem Kod Braille AI-Quran
Penubuhan
Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille/Kerabunan, Kementerian
Pendidikan untuk menyediakan bahan-bahan dalam braille khususnya buku teks dan
penyenggaraan alatan braille
Pendidikan Masalah Pendengaran
1954
Pembukaan
kelas pendidikan khas di Jalan Northam, Pulau Pinang
Pembukaan
Sekolah Kanak-Kanak Pekak persekutuan (Rendah dan Menengah), Tanjong Bunga,
Pulau Pinang
1963
Pembukaan
kelas-kelas Pendidikan Khas Rancangan. Percantuman Cacat Pendengaran oleh
Kementerian pendidikan di sekolah rendah dan sekolah menengah biasa yang
dipilih
Permulaan
Latihan Perguruan Pendidikan Khas Cacat Pendengaran di Maktab perguruan Ilmu
Khas, Cheras
1978
Pengenalan
Kaedah Komunikasi Seluruh oleh Kementerian Pendidikan untuk menggubal sistem
Bahasa Melayu Kod Tangan
Penubuhan
Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh Kementerian pendidikan
1979
Kursus
Dalam Perkhidmatan bagi guru-guru yang mengajar masalah pendengaran dalam
Bidang Komunikasi Seluruh 1984 Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Kementerian Pendidikan
1985
Penubuhan
Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh, Kementerian Pendidikan
untuk perkembangan Sistem Kod Buku Pendidikan Islam
Penubuhan
Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar Agama Islam
Penubuhan
Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar KBSR Tahap II Bahasa Malaysia Kod Tangan
Penubuhan
Jawatankuasa Kerja Kecil Penggubalan Kod Tangan Pendidikan Vokasional dan
Teknikal
1987
Pembukaan
Sekolah Menengah pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam
Program Percantuman/Inklusif
1962
Program
pereantuman dan inklusif bagi murid-murid cacat penglihatan
dimulakan
1988
Permulaan
kelas perintis untuk murid-murid peringkat bermasalah pembelajaran
1993
Tiga
(3) pelajar pendidikan inklusif ditempatkan belajar di Tingkatan 6 Bawah di
Sekolah Menengah Methodist (Lelaki), Kuala Lumpur
1994
Pembukaan
kelas-kelas program inklusif seeara projek rintis di 14 buah sekolah di seluruh
negara
1995
Program
Bermasalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan
Peristiwa Penting yang Mempengaruhi Perkembangan Pendidikan Khas.
Dalam
Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat (1948) meliput hak bagi setiap individu
mendapat pendidikan. Perkara ini ditegaskan semula dalam Persidangan Dunia
bertemakan “Pendidikan Untuk Semua” di Jomtien, Thailand yang menekankan: Keperluan-keperluan pembelajaran untuk orang
kurang upaya menuntut perhatian khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk
menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang
upaya sebagai sebahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan. [terjemahan]
Pada
tahun 1959. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan Hak
Kanak-kanak Sedunia dan antara yang ditegaskan adalah hak kanak-kanak istimewa
dimana mereka berhak menapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut
kecacatan yang dialami serta peluang menjadi seberapa normal mungkin.
Dasar
mengenai Pendidikan Khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran 1961.
Dalam Bahagian 1 (Taksiran) Akta ini dinyatakan bahawa; “sekolah khas bermakna
sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas unuk muridd-murid kurang
upaya”.
KANAK-KANAK BEKEPERLUAN KHAS
Terdapat
pelbagai kategori kanak-kanak berkeperluan khas dan golongan kanak-kanak
istimewa ini mestilah dikenal pasti ketidakupayaan mereka bagi memenuhi
keperluan perkembangan intelek, emosi, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan (Abu
Bakar & Ikhsan 2003). Berikut adalah kategori-kategori kanak-kanak
berkeperluan khas:
Masalah Penglihatan
Definisi
yang dikemukakan oleh The World Council for the Welfare of the Blind dalam
Hajah Hasnah (1988) tentang masalah penglihatan adalah seperti berikut:
i. Tidak dapat melihat langsung.
ii. Kebolehan melihat tidak lebih daripada
6/60 atau 20/200 iaitu dengan Ujian Snellen.
iii. Penglihatan yang terhad iaitu kurang
daripada 20 peratus.
Masalah Pendengaran
Mohd.
Salleh (1999) mendefinisikan kecacatan pengendaran sebagai golongan manusia
yang tidak dapat berkomunikasi dan bergaul dengan orang ramai kerana rosak
pendengaran. Menurut Hasnah (1988) dalam Mohd. Salleh (1999), cacat pendengaran
dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
i. Cacat Bahagian Penerimaan ( Conductive
Deafness)
Kecacatan
disebabkan telinga tersumbat, luka pada gegendang telinga atau tidak ada lubang
telinga.
ii. Cacat Bahagian Tanggapan ( Perceptive
Deafness)
Kecacatan
terjadi disebabkan oleh masalah saraf pendengaran pada bahagian organ dalam
telinga.
Tanda-tanda
yang menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran adalah kurang
memberi perhatian di dalam kelas, kelihatan selalu berkhayal, percakapannya
tidak jelas, terkejut apabila dihampiri daripada belakang, tidak memahami
arahan yang diberikan dan pencapaian yang lemah terutamanya berkaitan dengan
bahasa.
Perkembangan
kognitifnya adalah agak lambat disebabkan oleh kelambatan perkembangan bahasa.
Bagi perkembangan sosial pula, ia bergantung kepada pengalaman mereka, cara
layanan yang diterima dan melalui kebolehan perkembangan mereka sendiri.
Masalah Emosi-Hiperaktif
Menurut Jamilah (2005), hiperaktif adalah istilah
yang digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang terlampau
aktif dan mengganggu tetapi mempunyai tumpuan yang singkat. Sandra (2008)
menjelaskan terdapat dua jenis masalah kanak-kanak kurang tumpuan iaitu
Attention Deficit Disorder (ADD) atau masalah kurang tumpuan tanpa hiperaktif
dan Attention Deficit Hiperactivity Disorder (ADHD) atau masalah kurang tumuan
dengan hiperaktif. Menurut Sandra lagi masalah ADD atau ADHD adalah bersifat
fisiologi dan biologi. Bagi Sheila & Samsilah (2006), ADHD adalah satu
keadaan diaman kanak-kanak yang mengalaminya mempunyai masalah tingkah laku
yang terlampau aktif dan impulsif.
Masalah Fizikal Dan Kesihatan - Palsi
Selebral
Terdapat
4 kategori palsi selebral iaitu Palsi Selebral spastik, palsi selebral
athetiod, palsi selebral ataxia dan palsi serebral gabungan. Ciri-ciri fizikal
pada kanak-kanak palsi selebral spastic ialah masalah ketegangan pada otot-otot
tertentu seperti tangan dan kaki. Ketegangan otot ini akan menyebabkan
pergerakan otot tersebut menjadi terhad atau tidak berkodinasi. Contohnya jika
ketegangan otot berlaku pada kaki, pergerakan permulaan berjalan seakan
tersekat-sekat dan diikuti dengan satu lonjakan tenaga menyebabkan
pergerakannya kurang terkawal.
Bagi
palsio selebral athetiod pula, mereka mempunyai anggota yang lebih meliuk dan
tidak terkawal. Manakala bagi palsi serebral ataxia pula, imbangan badan mereka
adalah tidak baik di samping pergerakan badan yang tidak berkodinasi.
Palsi
serebral gabungan pula adalah mereka yang mengalami lebih daripada satu jenis
palsi selebral pada satu-satu masa. Masalah yang dihadapi olehnya adalah
otot-ototnya kejang, tidak berkodinasi dan juga meliuk.
Masalah
sosial yang dihadapi oleh golongan ini adalah dalam menyesuaikan diri di dalam
masyarakat. Disebabkan mereka tidak dapat bertutur dengan baik, mereka berasa
rendah diri dan ini akan menjejaskan hubungan mereka dengan persekitaran. Sebab
lain yang menyebabkan kanak-kanak ini rendah diri adalah sikap ibu bapa yang
terlalu member perhatian dan perlindungan yang melampau menyebabkan kanak-kanak
ini langsung tidak diberi peluang untuk mempelajari kemahiran asas bagi
penjagaan diri sendiri.
Masalah Mental
i) Terencat akal
Masalah
terencat akal menjadi satu isu yang perlu ditangani kerana murid yang mengalami
masalah ini lambat menerima pengajaran di sekolah. Punca seseorang anak itu
terencat akal boleh dikaitkan dengan faktor biologi (baka) dan persekitaran.
Faktor baka banyak mempengaruhi prestasi intelek seseorang kanak-kanak
berbanding dengan faktor persekitaran.
Kanak-kanak
ini mempunyai ciri-ciri fizikal yang sama seperti kanak-kanak normal iaitu
daripada segi pertumbuhan bahagian-bahagian badan walau bagaimanapun terdapat
kekurangan dalam menggunakan motor halus. Kanak-kanak ini lambat menguasai
kemahiran motor halus. Oleh itu, ibu bapa atau guru perlulah memantau
perkembangan motor halus mereka.
Kanak-kanak
ini sering mempamerkan kepayahan untuk memberi tumpuan atau fokus kepada proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, sukar menyiapkan tugasan dan mudah
membuat kesalahan disebabkan kecuaian. Mereka juga sering menunjukkan tingkah
laku yang sering mengganggu rakan.
Di
dalam hubungan sosial dengan rakan-rakan, mereka kurang diterima oleh rakan
kerana tidak pandai menyesuaikan diri, kurang matang dan mempunyai masalah
dalam menguasai klu-klu sosial yang halus sehingga mereka kerap menyalah tafsir
aksi-aksi murid lain. Tingkah laku yang lain adalah menarik rambut, menggigit
kuku, tabiat suka mencederakan diri dan meminta ganjaran apabila diminta untuk
melakukan sesuatu contohnya jika enggan melakukan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, guru akan memberikan sesuatu yang disukai murid untuk memujuknya
mengikuti aktiviti (Jamila 2005).
ii) Sindrom down
Ciri-ciri
fizikal kanak-kanak ini adalah mata condong ke bawah atau ke atas, belahan
kelopak mata pendek dan terdapat lapisan kulit di dalam mata, bentuk muka
leper, kepala lebih kecil daripada kebiasaan dan bahagian belakang .kepala
rata, telinganya kecil dan berkedudukan rendah, mulut kelihatan kecil dan bibir
nipis, bentuk leher lebih pendek, kaki dan tangan pendek, tapak kaki lebar dan
jari kaki pendek, mempunyai masalah jantung dan lain-lain lagi.
Daripada
segi emosi, kanak-kanak ini dilabelkan sebagai terencat akal sama ada ringan,
sederhana, teruk dan sangat teruk. Kanak-kanak Sindrom Down Ringan masih boleh
dididik. Menangis merupakan isyarat utama kanak-kanak ini dan mempunyai masalah
pendengaran.
Kanak-kanak
Sindron Down merupakan kanak-kanak yang manja dan memerlukan perhatian seperti
suka dipeluk. Kadangkala mereka mempunyai masalah yang lain iaitu hiperaktif
dan masalah tumpuan singkat (Jamila 2005).
Autisme
Menurut
Sheila & Samsilah (2006) autism merujuk kepada kecacatan bersosial di mana
kanak-kanak yang mengalami autism tidak mempunyai kemahiran berhubung,
berkomunikasi dan bersosial dengan orang lain seperti murid normal. Emosi
kanak-kanak sangat sukar diramal dan berubah-ubah.
Masalah Pembelajaran
Menurut
Mohd. Sharani (2004) masalah kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran
adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah neurologi hingga menjejaskan
pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir, membaca,
menulis, mengeja dan bermatematik.
Lembam (Slow Learner)
Kanak-kanak
lembam dikenali sebagai kanak-kanak yang memerlukan pendidikan kelas pemulihan.
Selalunya kanak-kanak ini dikenal pasti pada peringkat awal setelah mendapati
tidak dapat menguasai kemahiran membaca menulis dan mengira dalam pendidikan.
Walau bagaimanapun adalah sukar untuk menyediakan garis pemisah yang jelas di
peringkat awal perkembangan kanak-kanak antara kanak-kanak normal dengan
kanak-kanak lembam kerana permasalahan mereka tidak begitu ketara. Hanya
selepas mereka memasuki alam persekolahan permasalahan mereka dapat dikesan (Jamila
2005).
Menurut
Messe (2001) dalam modul Universiti Terbuka Malaysia, keupayaan intelektual
kanak-kanak ini berada tahap sederhana iaitu pada tahap 85 atau lebih di dalam
skor ujian saringan kecerdasan. Mereka juga mempunyai masalah dalam memberi perhatian,
mengumpul atau memproses maklumat yang diterima di dalam ingatan mereka. Di
samping itu, kanak-kanak lembam mudah hilang tumpuan, mudah membuat kesalahan
akibat kecuaian, sukar untuk menyiapkan tugasan dan kepayahan membuat tugasan
yang berturutan. Di dalam mata pelajaran matematik, mereka menunjukkan
kesukaran dalam mengingati simbol-simbol yang digunakan dan mengingati turutan
proses dalam penyelesaian matematik (Jamila 2005).
Disebabkan
masalah kurang tumpuan, sukar memproses maklumat, sukar menyiapkan tugasan dan
lain-lain lagi menyebabkan mereka mempunyai masalah sosial-emosi. Tingkah laku
kanak-kanak lembam sering mengganggu rakan-rakan.
Disleksia
Definisi
terkini disleksia adalah sebagai suatu masalah kognitif ( Thomson 1984 dalam
Sheila & Samsilah 2006) Mohd. Sharani (2004) menjelaskan maksud dyslexia
adalah kanak-kanak yang tidak dapat membaca kerana tidak dapat menterjemahkan
dengan betul lambang-lambang bertulis sama ada dalam huruf itu sendiri, dalam
suku kata ataupun dalam perkataan-perkataan.
Secara
literalnya, disleksia bermaksud, “kesukaran dalam berbahasa” (Ott 1997 dalam
Sheila & Samsilah 2006). Definisi
operasional disleksia yang pertama dikeluarkan oleh World Federation of
Neurology (1968) dalam Sheila &
Samsilah (2006) adalah seperti berikut:
“Suatu
kecelaruan pada kanak-kanak di mana, meskipun mereka melalui pengalaman bilik
darjah konvensional, gagal mengusai kemahiran bahasa seperti membaca, menulis
dan mengeja yang selaras dengan kemampuan intelektual mereka.”
Kanak-kanak disleksia tidak dapat mengimbangi
daya mengingati huruf dengan perkataan dan menghadapi masalah dalam mengingati
bentuk huruf, bunyi huruf dan gabungan perkataan. Antara huruf-huruf yang
sering mendatangkan masalah kepada mereka ialah huruf b dan d, dan perkataan
yang hampir serupa ejaannya.
Kanak-kanak disleksia adalah lebih
lambat perkembangannya berbanding rakan yang sebaya daripada segi umur
kronologikal seperti seorang kanak-kanak disleksia berusia tujuh tahun sering
berkelakuan seperti kanak-kanak berusia
dua ataupun tiga tahun yang mementingkan diri ( Cronin 1997: ms 111 dalam
Sheila & Samsilah 2006).
Perkembangan
fizikal, mereka tidak berminat dalam pelajaran dan selalu dilabelkan sebagai
pemalas dan bodoh. Pakaian yang dipakai sentiasa bersih tetapi tidak kemas dan
butang baju sentiasa salah butang. Mereka juga mempunyai daya pengamatan.
pendengaran dan penglihatan yang lemah. Kekeliruan juga timbul di mana mereka
sukar untuk membezakan kiri dan kanan.
Pintar Cerdas dan Berbakat
Menurut
Jamila (2005), Kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak yang mempunyai
kemampuan yang tinggi di dalam akademik. Mereka sering dianggap sebagai murid
yang nakal kerana tidak memberi perhatian di dalam kelas sedangkan mereka
sebenarnya memahami dan telah menguasai pengajaran guru. Chua & Koh (1992)
mendefinisikan kanak-kanak pintar cerdas sebagai kanak-kanak yang menunjukkan
atau potensi kebolehan dalaman:
i. Kegiatan intelek seperti kreativiti,
pemikiran abstrak, kemahiran lisan, pemikiran logik dan ingatan baik.
ii. Bakat-bakat khas dalam bidang-bidang
seperti sains, matematik, kepimpinan perhubungan manusia, seni lukis, muzik,
penulisan dan drama.
Menurut
Ross (1993) dalam modul Universiti Terbuka Malaysia, definisi kanak-kanak
pintar cerdas adalah kanak-kanak dikenal pasti semasa prasekolah, sekolah
rendah atau menengah menunjukkan bakat atau potensi yang cemerlang dalam
pencapaian akademik berbanding kanak-kanak yang sebaya dengan mereka. Mereka
juga menunjukkan prestasi yang tinggi dari segi intelek, seni dan mempunyai
kepimpinan yang luar biasa
Perkembangan
kanak-kanak cerdas pintar ini menunjukkan ciri-ciri luar biasa pada umur yang
sangat muda berbanding kanak-kanak biasa. Perkembangan kognitif mereka tinggi
dan dapat dikesan semenjak berumur satu tahun dan menunjukkan perkembangan
dalam domain yang luas. Mereka memperoleh maklumat dengan menyimpan maklumat
dengan cepat dan dengan cekap mengingati semula maklumat. Kanak-kanak ini boleh
merancang, memantau dan menilai menggunakan pemikiran advance pada umur yang muda
berbanding kanak-kanak lain.
Dari
segi emosi, mereka sangat matang berbanding kanak-kanak lain, mudah kecewa dan
menghina rasa takut pada usia yang muda serta terlalu sensitif.
No comments:
Post a Comment